Selasa, September 23, 2008

Teknik Menjalankan Perniagaan Yang Positif

Teknik terbaik di dalam menjalankan sesuatu perniagaan mahupun pekerjaan ialah mengikis sikap menangguhkan kerja! “Berhenti menjadi pencuri masa dan pencuri hidup!”, kata sifu Dr. Irfan Khairi.

Hentikan Sebarang Alasan
Jangan memberi alasan kerana sedang kita bertungkus lumus membina alasan, orang lain sedang bertungkus lumus membuat duit dan mencipta kejayaan.

Serius
Serius di dalam mengambil keputusan adalah antara teknik yang paling berkesan di dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Jangan plak buat muka serius! :)

Deadline
Tetapkan deadline agar matlamat anda tidak terbabas dari landasannya. Tarikh untuk mencapai sesuatu matlamat memainkan peranan penting kerana anda akan dapat menguruskan sesuatu yang lebih baik apabila sesuatu matlamat telah tercapai. InsyaAllah…

Tekankan Pada Proses
Ramai antara kita yang berjaya menetapkan destinasi atau matlamat. Contohnya, saya akan menjadi jutawan sebelum berumur 35 tahun. Tapi,bagaimana? Anda perlu mempunyai intipati untuk ke arah matlamat tersebut seperti:
  1. Fokuskan selama 4 jam sehari di dalam menjalankan perniagaan tersebut.
  2. Mendalami ilmu dan mencari pengalaman yang berkaitan.
  3. Promosi yang berkesan

Jadi, cara yang lebih positif adalah menekankan pada proses untuk menjalankan perniagaan. Ia adalah lebih efektif dan akan memberi perubahan kepada diri anda.Untuk mendapatkan tip-tip yang lebih positif dan mencipta 'kesegaran' di dalam menjalankan perniagaan, saya membaca bukan sekali malah, berkali-kali kisah jutawan-jutawan yang berjaya. Paling murah di pasaran kini adalah e-book yang terhangat pada tahun ini mengenai sikap dan perjuangan bukan hanya seorang jutawan, tetapi lapan orang jutawan! Hanya dalam satu buku yang berharga RM40! Ilmu yang tidak ternilai dengan pelaburan RM40 anda.

Klik pada link e-book di sebelah; Mentor Jutawan: Dr. Irfan Khairi.

"Takut Pada KEGAGALAN Bermakna Anda Menghindari KEJAYAAN. KEGAGALAN Mengajar Kita KEKUATAN. Jadi, Takut Pada KEGAGALAN Mengajar Kita Untuk Terus GAGAL!" - Dr. Irfan Khairi.

p/s: Teringin nak attend Workshop Jutawan Internet... :)

Tiada ulasan: