Isnin, September 22, 2008

Salam Perkenalan Dunia Internet

Salam sejahtera...

Saya merupakan seorang pekerja yang bekerja makan gaji di dalam sektor kerajaan. Bila sebut makan gaji, biasa la... mana kaya pun. Kais bulan, makan bulan... Duit gaji sebulan habis diagihkan untuk pembayaran bil utiliti bulanan, sewa kereta, sewa rumah, nursery anak-anak atau belanja dapur. Ikut slip gaji sebulan ada la balance dalam RM300 ke RM 400 untuk belanja am dan kecemasan kononnya. Tapi, kadang-kadang... bukan kadang-kadang dah... kira selalu tue memang tak pernah cukup pun. Saya sendiri pun tak tau mana peginya.
Jadi, internet merupakan alternatif terbaik untuk mencipta pendapatan tambahan sebab nak berniaga secara fizikal memang saya diharamkan:( Maklum lah orang gomen mana boleh daftar niaga tak tentu hala. Salah etika katanya.... Pelbagai kegunaan dan faedah dapat diperolehi melalui internet nie. Apa yang dapat disimpulkan dari internet adalah; gedung informasi yang menjimatkan masa. Semuanya bergelut dengan informasi dan masa.Dua faktor ini merupakan aset utama samada anda bekerja melalui internet, menulis di internet, berbicara di internet mahupun mencari pendapatan di internet. Semuanya berkenaan dengan usaha menghebahkan dan mengumpul informasi di dalam masa yang ekonomik dan efektif.
Melalui blog ini, tidak lain dan tidak bukan, cuma ingin mengembangkan ilmu dan minat saya terhadap perniagaan internet di samping bersama-sama menjana side income terutamanya kepada golongan pekerja yang memang mudah melakukannya sebagai part-time job. Saya kata minat sebab dah beratus kali saya cuba mencari formula untuk menambah pendapatan dari internet, dah macam-macam bisnes MLM saya masuk, terus-terang cakap saham pun ada, affliate program apa ntah lagi... Jatuh bangun di dalam menambah pendapatan melalui internet memberi pulangan bagi menampung kehidupan saya sekeluarga tapi masih tak sepertimana yang digembar-gemburkan dalam mana-mana sales letter dari introducer. Di mana silapnya? ILMU. Saya masih kekurangan ilmu! But, i am still get it on!!! Bak kata McDonalds, I'm lovin' it... saya anggap semua tue sebagai satu proses pembelajaran trial-and-error sebab kalau nak dicari pengalaman dan pengajaran, takde sorang family member seorang usahawan internet. Businessman spirit takde langsung. Semua kerja makan gaji. Tak kerja dengan kerajaan mesti kerja dengan private company. Nak attend seminar Dr. Irfan Khairi, takde modal lagi.
Panjang plak post yang pertama nie... tengah semangat kot. Takpe lah sebenarnya saya cuma nak ucap salam perkenalan kepada semua makhluk dan insan yang berada di dalam dunia internet nie. Nak masuk umah baru kena la bagi salam kan :)
Last but not least... cita-cita saya cuma satu iaitu meninggalkan anak dan pasangan saya di dalam kesenangan kerana ianya adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka di dalam keadaan meminta-minta. Ya Allah... berkatilah usaha hambaMu ini... Amiin.




Klik save picture as untuk anda letakkan di desktop anda. Mulakan hari anda dengan membaca doa di atas.


Tiada ulasan: