Selasa, September 23, 2008

Buat Duit Tanpa Modal

Tak ada MODAL?

Saya berikan tips untuk anda buat duit tanpa modal. Ini adalah hanya SATU tip daripada seorang di kalangan sifu online saya.

Tak perlu bangunkan laman web atau blog untuk cari duit di internet.

Caranya adalah:

Sertai Affiliate.
Affiliate ni maksudnya ejen. Pergi kemana-mana website yang menjual apa saja produk,dan cari link 'affiliate login'. Kalau ada, sertai affiliate mereka. Tapi, pastikan PERCUMA! Kalau tak ada, cari di laman web lain pula. Tapi, pastikan juga produk tersebut mestilah mudah untuk dijual dan senanglaku. Selain tu, komisyennya pun mestilah sesuai. Saya ada sediakan contoh program affiliate yang mudah anda sertai. Ianya juga murah dan berkesan. Tak ada blog, tak ada website pun boleh buat perniagaan internet nie. Anda hanya perlu mempromosikan e-books percuma ini dan dapatkan komisyen darinya. Cuba lawati:





Isikan nama dan e-mail address anda. Ini dinamakan program affiliate auto-pilot. Anda akan dibekalkan dengan username dan password untuk anda log in ke dalam link affiliate anda pula melalui e-mail tadi.


Promosikan link tersebut melalui e-mail, forum, blog atau website anda. Selalunya program seperti ini hanya dilakukan di dalam masa yang singkat dan terhad sahaja untuk mendapatkan mailing list secara percuma berkaitan produk yang ingin dipasarkan kelak. Sekali lagi, pastikan bila dah join affiliate, anda dapatkan link dan banner untuk dipromosikan.


Tak ada laman web/blog/mailing list ??

Tak mengapa.. Letakkan banner affiliate anda di signature forum yang anda sertai. Kemudian, aktifkan diri di forum tersebut. Bila orang klik pada banner tersebut dan isi email serta nama mereka, anda akan dapat komisyen. Walaupun anda sedang nyenyak tidur. Mudah bukan?! Inilah namanya buat duit di internet TANPA MODAL!


Bersama-sama kita menerjah dunia internet yang serba luas ini untuk meningkatkan pengetahuan. Banyak lagi cara yang ada dan sedia ada wujud di internet untuk anda menambah pendapatan. Selamat berjaya!



"Sekiranya anda tidak dapat buat perkara itu hari ini,
apa yang membuatkan anda berfikir dapat melakukannya esok?" - Yusuf Tura

Teknik Menjalankan Perniagaan Yang Positif

Teknik terbaik di dalam menjalankan sesuatu perniagaan mahupun pekerjaan ialah mengikis sikap menangguhkan kerja! “Berhenti menjadi pencuri masa dan pencuri hidup!”, kata sifu Dr. Irfan Khairi.

Hentikan Sebarang Alasan
Jangan memberi alasan kerana sedang kita bertungkus lumus membina alasan, orang lain sedang bertungkus lumus membuat duit dan mencipta kejayaan.

Serius
Serius di dalam mengambil keputusan adalah antara teknik yang paling berkesan di dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Jangan plak buat muka serius! :)

Deadline
Tetapkan deadline agar matlamat anda tidak terbabas dari landasannya. Tarikh untuk mencapai sesuatu matlamat memainkan peranan penting kerana anda akan dapat menguruskan sesuatu yang lebih baik apabila sesuatu matlamat telah tercapai. InsyaAllah…

Tekankan Pada Proses
Ramai antara kita yang berjaya menetapkan destinasi atau matlamat. Contohnya, saya akan menjadi jutawan sebelum berumur 35 tahun. Tapi,bagaimana? Anda perlu mempunyai intipati untuk ke arah matlamat tersebut seperti:
  1. Fokuskan selama 4 jam sehari di dalam menjalankan perniagaan tersebut.
  2. Mendalami ilmu dan mencari pengalaman yang berkaitan.
  3. Promosi yang berkesan

Jadi, cara yang lebih positif adalah menekankan pada proses untuk menjalankan perniagaan. Ia adalah lebih efektif dan akan memberi perubahan kepada diri anda.Untuk mendapatkan tip-tip yang lebih positif dan mencipta 'kesegaran' di dalam menjalankan perniagaan, saya membaca bukan sekali malah, berkali-kali kisah jutawan-jutawan yang berjaya. Paling murah di pasaran kini adalah e-book yang terhangat pada tahun ini mengenai sikap dan perjuangan bukan hanya seorang jutawan, tetapi lapan orang jutawan! Hanya dalam satu buku yang berharga RM40! Ilmu yang tidak ternilai dengan pelaburan RM40 anda.

Klik pada link e-book di sebelah; Mentor Jutawan: Dr. Irfan Khairi.

"Takut Pada KEGAGALAN Bermakna Anda Menghindari KEJAYAAN. KEGAGALAN Mengajar Kita KEKUATAN. Jadi, Takut Pada KEGAGALAN Mengajar Kita Untuk Terus GAGAL!" - Dr. Irfan Khairi.

p/s: Teringin nak attend Workshop Jutawan Internet... :)

Setitis Motivasi

Ini merupakan artikel kedua saya di dalam slot salam perkenalan dunia internet. Saya tertarik dengan sebuah kisah yang dipetik dari seorang sahabat internet yang juga merupakan seorang otai internet berkenaan dengan pengorbanan. Hayati kisah di bawah:



Di lobi sebuah muzium yang berlantaikan marmar cantik, kelihatan sebuah patung yang begitu indah dan halus ukirannya. Patung itu juga dibuat daripada marmar. Para pengunjung yang datang dari seluruh dunia memuji-muji kecantikan patung itu. Suatu malam, berkatalah lantai marmar kepada patung tersebut…

Lantai marmar :Patung…ini memang tak adil! Mereka datang untuk memijak-mijak badan aku dan memuja-muji diri kamu? Tak adil!
Patung marmar :Sahabatku…masihkah kamu ingat bahawa kita berasal dari gunung yang sama?
Lantai :Ya, aku ingat! Sebab itu aku berasa tidak adil. Kita lahir di gunung yang sama tetapi kita mendapat layanan yang berbeza!
Patung :Kalau begitu, masih ingatkah engkau saat seorang pengukir datang untuk mengukir diri kamu, tapi kamu menolaknya kerana kamu tidak mahu disakiti oleh peralatan-peralatan yang digunakannya?
Lantai :Ya, aku ingat lagi. Tapi aku tak suka lelaki itu! Dia menikam, mengetuk dan memecahkan badan aku! Ia sungguh menyakitkan!
Patung :Betul, itulah sebabnya dia tidak dapat mengukir diri kamu.
Lantai :Jadi…???
Patung :Apabila pengukir itu kecewa dengan kamu dan mula mengukir diriku, aku tahu bahawa aku akan jadi suatu yang berbeza apabila kerjanya selesai kelak. Jadi, aku relakan diriku untuk dilakukan apa saja olehnya, sekalipun seluruh badan aku berasa amat sakit sekali.


Sahabatku… kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu. Oleh kerana kamu mengambil keputusan untuk berhenti sekerat jalan, jadi kamu janganlah sekali-kali menyalahkan sesiapa yang memijakkan kakinya di atas tubuh kamu itu…



Camana? Terasa tak keinginan untuk mencuba lebih gigih? Pelbagai motivasi dapat menjayakan kita untuk terus berusaha. Gandakan motivasi anda. Terokai ilmu dan kisah kejayaan orang-orang terdahulu di dalam dunia perniagaan internet yang serba luas ini. Pastinya ada jalan untuk anda yang sesuai dengan segala aspek tentang diri anda termasuk kebolehan ataupun kepakaran.



Gelap Tanpa Lilin Tidak Mengapa,

Gelap Tanpa ILMU Hidup Merana!

Isnin, September 22, 2008

Salam Perkenalan Dunia Internet

Salam sejahtera...

Saya merupakan seorang pekerja yang bekerja makan gaji di dalam sektor kerajaan. Bila sebut makan gaji, biasa la... mana kaya pun. Kais bulan, makan bulan... Duit gaji sebulan habis diagihkan untuk pembayaran bil utiliti bulanan, sewa kereta, sewa rumah, nursery anak-anak atau belanja dapur. Ikut slip gaji sebulan ada la balance dalam RM300 ke RM 400 untuk belanja am dan kecemasan kononnya. Tapi, kadang-kadang... bukan kadang-kadang dah... kira selalu tue memang tak pernah cukup pun. Saya sendiri pun tak tau mana peginya.
Jadi, internet merupakan alternatif terbaik untuk mencipta pendapatan tambahan sebab nak berniaga secara fizikal memang saya diharamkan:( Maklum lah orang gomen mana boleh daftar niaga tak tentu hala. Salah etika katanya.... Pelbagai kegunaan dan faedah dapat diperolehi melalui internet nie. Apa yang dapat disimpulkan dari internet adalah; gedung informasi yang menjimatkan masa. Semuanya bergelut dengan informasi dan masa.Dua faktor ini merupakan aset utama samada anda bekerja melalui internet, menulis di internet, berbicara di internet mahupun mencari pendapatan di internet. Semuanya berkenaan dengan usaha menghebahkan dan mengumpul informasi di dalam masa yang ekonomik dan efektif.
Melalui blog ini, tidak lain dan tidak bukan, cuma ingin mengembangkan ilmu dan minat saya terhadap perniagaan internet di samping bersama-sama menjana side income terutamanya kepada golongan pekerja yang memang mudah melakukannya sebagai part-time job. Saya kata minat sebab dah beratus kali saya cuba mencari formula untuk menambah pendapatan dari internet, dah macam-macam bisnes MLM saya masuk, terus-terang cakap saham pun ada, affliate program apa ntah lagi... Jatuh bangun di dalam menambah pendapatan melalui internet memberi pulangan bagi menampung kehidupan saya sekeluarga tapi masih tak sepertimana yang digembar-gemburkan dalam mana-mana sales letter dari introducer. Di mana silapnya? ILMU. Saya masih kekurangan ilmu! But, i am still get it on!!! Bak kata McDonalds, I'm lovin' it... saya anggap semua tue sebagai satu proses pembelajaran trial-and-error sebab kalau nak dicari pengalaman dan pengajaran, takde sorang family member seorang usahawan internet. Businessman spirit takde langsung. Semua kerja makan gaji. Tak kerja dengan kerajaan mesti kerja dengan private company. Nak attend seminar Dr. Irfan Khairi, takde modal lagi.
Panjang plak post yang pertama nie... tengah semangat kot. Takpe lah sebenarnya saya cuma nak ucap salam perkenalan kepada semua makhluk dan insan yang berada di dalam dunia internet nie. Nak masuk umah baru kena la bagi salam kan :)
Last but not least... cita-cita saya cuma satu iaitu meninggalkan anak dan pasangan saya di dalam kesenangan kerana ianya adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka di dalam keadaan meminta-minta. Ya Allah... berkatilah usaha hambaMu ini... Amiin.




Klik save picture as untuk anda letakkan di desktop anda. Mulakan hari anda dengan membaca doa di atas.